BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Thursday, June 7, 2007

Sejarah Kewujudan Sihir

Munculnya ilmu ini ketika dua malaikat iaitu Harut dan Marut di Babil (sila rujuk dalam surah al-Baqarah:102).Ketika itu syaitan sedang membongkar bahawa Nabi Sulaiman yang mengajar sihir dengan memfitnah beliau menyimpan mentera tersebut di bawah kerusinya.Orang babylon pada masa itu sedang sibuk menggunakan ilmu sihir dan mereka menyembah bintang-bintang dan mempercayai bahawa ia mentadbir urusan alam ini. Sekiranya mereka menyembah untuk memohon hajat atau berlindung dari bala mereka akan membaca mentera dan menggunakan asap sebagai "perantaraan". Tangkal dan azimat juga digunakan untuk tujuan tersebut.Sihir diibaratkan seperti nafas yang keluar dari paru-paru yang dirasai oleh orang yang bernafas itu sendiri walaupun ia tidak melihatnya. Ilmu ini akan bergerak cergas pada waktu penghujung malam sehingga waktu subuh. Orang Arab menamakan sihir sebagai "rahsia yang menyakitkan"kerana ia memberikan kesakitan tetapi tidak dapat dilihat.Perbuatan menyihir mengandungi dua dosa yang besar iaitu syirik dan memudharatkan atau membunuh orang lain.Ianya diantara salah satu dari 7 dosa-dosa besar yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Was-was Syaitan

Cara untuk merawat penyakit was-was ini ialah pesakit sendiri yang mesti beramal untuk mengelak dari penyakit tersebut. Mengikut apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ialah membaca ayat yang ke 3 surah al-Hadid sebanyak 100 kali, Insya'Allah mudah-mudahan sembuh.