BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Sunday, August 5, 2007

Perbezaan dan persamaan antara manusia, jin dan malaikat

Malaikat sama seperti jin dari sudut penjelamaan sesuatu rupa dan mampu menghilangkan diri tetapi berbeza dari sudut rupanya sahaja, malaikat menyerupai rupa-rupa yang elok seperti burung, cahaya, manusia atau seumpamanya. Jin menyerupai yang hodoh dan buruk seperti anjing,ular,kucing dan sebagainya. Adapun jin dan manusia persamaannya ialah mempunyai akal, mengetahui atau mampu untuk belajar dan berfikir dan juga mampu untuk memilih jalan yang baik atau jahat. Tetapi ketiga-tiga makhluk ini berbeza dari sudut kejadiannya iaitu manusia dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin dari api. Syukurlah kita dari kalangan manusia dan sebaik-baik kejadian.

Di manakah jin tinggal

Kita sering mendengar tentang kewujudan jin di sesuatu tempat yang dipanggil orang sebagai kawasan "keras" atau kata orang jawa "angker".
Jin sudah lama menghuni di atas muka bumi ini. Tempat-tempat yang disukai oleh makhluk ini ialah ;
  1. Tempat-tempat sunyi dan yang telah ditinggalkan.
  2. Tempat lapang seperti padang.
  3. Tempat bernajis seperti tandas dan tempat najis-najis binatang yang sudah kering.
  4. Tempat kotor seperti sampah.
  5. Kubur-kubur.
  6. tempat-tempat maksiat dan yang melalaikan seperti disko, pesta-pesta dan pasar.

Nama-nama Jin dan Sifat-sifatnya

Kata Ibnu Abdil Baar, Menurut ahli Kalam dan ahli bahasa, jin mempunyai nama-namanya mengikut peringkat-peringkatnya ;
  1. Sekiranya ia hanyalah seekor jin maka namanya "jin" di dalam bahasa arabnya "jinniy".
  2. Sekiranya ia tinggal bersama manusia mereka menggelarnya " 'Aamir".
  3. Sekiranya ia menjelma di hadapan kanak-kanak mereka memanggilnya " Ar waah".
  4. Sekiranya ia menjadi jahat mereka memanggilnya "Syaitan".
  5. Sekiranya ia bertambah mengganas dan kuat mereka memanggilnya " Ifriit".

Jin mempunyai golongan-golongannya menurut hadis Rasulullah s.a.w iaitu ;

  1. Satu kumpulan yang terbang di udara
  2. Golongan yang menyerupai ular dan anjing
  3. Golongan yang tinggal setempat dan berhijrah.