BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Wednesday, May 16, 2007

Kaedah untuk mengelak dari terkena gangguan makhluk halus

Kita sering mendengar gangguan makhluk halus. Gangguan ini terdapat 4 jenis;
1-Sering diganggu
2-Kadang kala
3-Dikuasai oleh makhluk tersebut secara keseluruhannya
4-Ditumpangi oleh makhluk tersebut pada bahagian tertentu anggota badan.
Sebab-sebab diganggu berbagai-bagai antaranya;
1-Sebab ia diganggu oleh manusia lalu ia berdendam
2-Sebab ia suka kepada seseorang lalu ia mengganggu
3-Sebab dihantar oleh tukang sihir untuk memudharatkan orang tertentu.
Walaubagaimana pun kaedah untuk mengelaknya boleh dilakukan.Ia digalakkan bagi mereka yang terpaksa membantu perawat memegang pesakit yang dirasuk atau sebagai pendinding untuk persediaan mempertahankan diri.
Kaedahnya;
1- Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2-Tidak melakukan dosa dan Maksiat
3-Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.
4-Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5-Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6-Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu ;
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

Tuesday, May 15, 2007

Jin Muslim dan Kafir

Firman Allah dalam surah jin ayat 14, maksudnya ;
"Sesungguhnya dari kalangan kami ada orang-orang yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran..."
Firman Allah dalam surah Jin ayat 11 ;
" Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian.Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza".
Dalam kedua-dua ayat di atas Allah telah menerangkan bahawa jin ada yang berugama Islam dan tidak Islam,malahan di kalangan yang islam pun ada yang fasiq dan menganut berbagai fahaman dan mazhab. Ertinya di kalangan meeka ada ahli Sunnah dan Syiah, Muktazilah, Jabariyyah dan mengikut berbagai-bagai jenis Tariqat sufi.W.a

Kisah asal usul Syaitan dan Jin

Syaitan dan Jin adalah sama, cuma berbeza dari sudut namanya sahaja. Syaitan berasal dari iblis dan kesemua syaitan datuknya iblis. Datuk Iblis yang paling tua ialah jin.
Iblis ertinya patuh dan taat tetapi setelah ia menderhakai Allah lalu ia mencapai martabat syaitan yang durjana. Ia berakhir menjadi makhluk yang tidak beramal malah menderhaka dan menghasut manusia. Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya ;"kecuali iblis adalah berasal dari jin lalu ia menderhaka perintah tuhannya". Ertinya Iblis berasal dari jin.
Kerja-kerja yang dilakukan Iblis ialah ;
1- Menyesatkan
2- Mengufurkan
3-Memperdaya
4-Memperhiasi kejahatan
5-Menderhaka
Tidak semua orang terlepas dari tipu daya dan hasutan Iblis melainkan sedikit sahaja.Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 62 maksudnya ;
" Nescaya aku sesatkan zuriat Adam kecuali hanya sedikit sahaja".
Terdapat 4 arah syaitan akan datang menyesatkan manusia. Di dalam surah al-A'raf ayat 47 Allah menyebut Syaitan datang dari arah depan,belakang,kanan dan kiri. Dia tidak mampu datang dari arah atas kerana Allah berada di situ dan dari bawah kerana ia tempat sujud.
Ringkasnya jin dan syaitan berasal dari api dan mereka adalah makhluk yang ghaib, sila rujuk surah al-A'raf ayat 27.

Wednesday, May 9, 2007

perubatan islam

Perubatan Islam adalah merupakan suatu jenis rawatan yang bersumberkan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w dan doa-doa dari para sahabat dan para ulamak. Ia merupakan rawatan kerohanian iaitu untuk mengubati penyakit-penyakit yang bersifat spiritual dan kebanyakannya tidak dapat dirawati melalui kaedah moden. Rawatan alternatif ini tidaklah menolak rawatan moden samasekali sebagaimana tanggapan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan satu cara perubatan yang dipilih setelah kaedah dari kepakaran rawatan moden tidak dapat mengatasinya seperti rawatan gangguan makhluk halus dari berbagai sebab dan penyakit-penyakit yang seumpamanya.