BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Thursday, September 13, 2007

ZIKIR MENGINGATI ALLAH

Perkataan zikir sudah menjadi lafaz yang biasa digunakan dan didengari oleh masyarakat kita.Ia berasal dari kalimah Arab yang bermaksud menyebut atau mengingati. Zikir selain merupakan cara untuk kita beribadah mengingati Allah untuk ketenangan jiwa ia juga merupakan salah satu dari kaedah melindungi diri dari gangguan makhluk halus. Tetapi kita mesti juga mengetahui makna dan keedah berzikir serta pembahagiannya.Zikir terbahagi kepada dua bahagian ;
1- Zikir Lisan
Zikir jenis ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu;
a- Secara perlahan atau di dalam hati tanpa dibaca secara kuat.
b- Secara Kuat dengan menyebut atau melafazkannya.
2- Zikir secara fikir dengan melihat dan menggunakan akal untuk berfikir dan merasai kebesaran Allah di dalam hati ketika melihat ciptaan-ciptaannya.
Oleh itu apabila seseorang rajin berzikir maka hatinya sentiasa mengingati Allah dan kasih kepadanya dan ia merasakan ketenangan di dlam hati, denagn demikian hatinya sukar untuk dimasuki bisikan syaitan.
Ada sesetengah orang menganggap majlis ilmu bukan majlis zikir. Ini kemungkinan kerana kurang arif mengenai makna zikir dan hadis-hadis yang membicarakan tentang perkara-perkara tersebut sebagaimana yang dibincangkan dalam kitab Riyadhus Salihin, Al-Azkar dan lain-lain. Mudah-mudahan mereka yang membaca blog ini dapat mencari guru yang arif untuk menghuraikan perkara ini dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Wallahu a'lam.

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Puasa mempunyai berbagai-bagai keistimewaan antaranya;
1- Mengurangkan syahwat
2- Meningkatkan ketakwaan
3- Membangkitkan kesedaran melalui tazkirah
4- Meninggikan darjat di sisi Allah
5- Mendapat syafaat di hari kiamat
6- Menjaga diri dari dosa
7- Mendapat keampunan
8- Meningkatkan akhlak yang mulia.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan banyak kelebihan dan kurniaan sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

Tuesday, September 4, 2007

KELEBIHAN SURAH AL- RA'DU (GURUH)

Di dalam surah ini terdapat satu ayat yang boleh diamalkan untuk beberapa tujuan, antaranya ialah;
1- Mencari orang yang hilang
2- Menyuruh yang pergi itu kembali
3- Meminta barang yang hilang atau dicuri dikembalikan
4- Meminta orang yang berhutang membayarnya
5- Meminta supaya orang yang memfitnah itu mengaku atau insaf dsb.

Caranya ialah ;
1- Bangun di tengah malam seperti jam 3 pagi.
2- Berwudhu' dengan sempurna iaitu menjaga yang rukun dan sunat-sunat wudhu'.
3- Bersolat hajat 2 raka'at (jika terasa perlu ditambahkan bolehlah berbuat demikian)
4- Membaca ayat 31 surah al-Ra'du sebanyak 31 kali selepas solat hajat dan setiap kali selesai membacanya berdoa dan sebut nama orang yang berkenaan dan hajat kita jika perlu ambil gambarnya jika ada dan selepas berdoa dihembuskan ke arah gambarnya. Jadi bilangan ayat yang dibaca sebanyak 31 kali dan doanya pun sebanyak 31 kali.

SELAMAT MENCUBA.

Sunday, August 5, 2007

Perbezaan dan persamaan antara manusia, jin dan malaikat

Malaikat sama seperti jin dari sudut penjelamaan sesuatu rupa dan mampu menghilangkan diri tetapi berbeza dari sudut rupanya sahaja, malaikat menyerupai rupa-rupa yang elok seperti burung, cahaya, manusia atau seumpamanya. Jin menyerupai yang hodoh dan buruk seperti anjing,ular,kucing dan sebagainya. Adapun jin dan manusia persamaannya ialah mempunyai akal, mengetahui atau mampu untuk belajar dan berfikir dan juga mampu untuk memilih jalan yang baik atau jahat. Tetapi ketiga-tiga makhluk ini berbeza dari sudut kejadiannya iaitu manusia dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin dari api. Syukurlah kita dari kalangan manusia dan sebaik-baik kejadian.

Di manakah jin tinggal

Kita sering mendengar tentang kewujudan jin di sesuatu tempat yang dipanggil orang sebagai kawasan "keras" atau kata orang jawa "angker".
Jin sudah lama menghuni di atas muka bumi ini. Tempat-tempat yang disukai oleh makhluk ini ialah ;
  1. Tempat-tempat sunyi dan yang telah ditinggalkan.
  2. Tempat lapang seperti padang.
  3. Tempat bernajis seperti tandas dan tempat najis-najis binatang yang sudah kering.
  4. Tempat kotor seperti sampah.
  5. Kubur-kubur.
  6. tempat-tempat maksiat dan yang melalaikan seperti disko, pesta-pesta dan pasar.

Nama-nama Jin dan Sifat-sifatnya

Kata Ibnu Abdil Baar, Menurut ahli Kalam dan ahli bahasa, jin mempunyai nama-namanya mengikut peringkat-peringkatnya ;
  1. Sekiranya ia hanyalah seekor jin maka namanya "jin" di dalam bahasa arabnya "jinniy".
  2. Sekiranya ia tinggal bersama manusia mereka menggelarnya " 'Aamir".
  3. Sekiranya ia menjelma di hadapan kanak-kanak mereka memanggilnya " Ar waah".
  4. Sekiranya ia menjadi jahat mereka memanggilnya "Syaitan".
  5. Sekiranya ia bertambah mengganas dan kuat mereka memanggilnya " Ifriit".

Jin mempunyai golongan-golongannya menurut hadis Rasulullah s.a.w iaitu ;

  1. Satu kumpulan yang terbang di udara
  2. Golongan yang menyerupai ular dan anjing
  3. Golongan yang tinggal setempat dan berhijrah.

Wednesday, July 4, 2007

Jenis-jenis Sihir

Jenis-jenis sihir terlalu banyak, antaranya;
1-Sihir pisah, sihir yang pertama sekali wujud yang dipelajari oleh penduduk Babil seperti menceraikan suami isteri, ayah dan bapa dan sebagainya.
2- Sihir sakit seperti memberi sakit kepada mangsa.
3- Istihadhah, seperti "bleading".
4- Permusuhan dan rasa benci.
5- Kunci mulut
6- Menimbulkan tuduhan
7- Pembusung
8- Pelumpuh
9- Penghalang nikah.
10-Pengkhayal.
11-Menakut-nakutkan.
12-Mengwas-waskan
13-Menghantar suara-suara ghaib
14-Penghalau
15-Penghalang pasangan.
16-Penggugur janin
17-Pelemah dan penunduk.