BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Thursday, September 13, 2007

ZIKIR MENGINGATI ALLAH

Perkataan zikir sudah menjadi lafaz yang biasa digunakan dan didengari oleh masyarakat kita.Ia berasal dari kalimah Arab yang bermaksud menyebut atau mengingati. Zikir selain merupakan cara untuk kita beribadah mengingati Allah untuk ketenangan jiwa ia juga merupakan salah satu dari kaedah melindungi diri dari gangguan makhluk halus. Tetapi kita mesti juga mengetahui makna dan keedah berzikir serta pembahagiannya.Zikir terbahagi kepada dua bahagian ;
1- Zikir Lisan
Zikir jenis ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu;
a- Secara perlahan atau di dalam hati tanpa dibaca secara kuat.
b- Secara Kuat dengan menyebut atau melafazkannya.
2- Zikir secara fikir dengan melihat dan menggunakan akal untuk berfikir dan merasai kebesaran Allah di dalam hati ketika melihat ciptaan-ciptaannya.
Oleh itu apabila seseorang rajin berzikir maka hatinya sentiasa mengingati Allah dan kasih kepadanya dan ia merasakan ketenangan di dlam hati, denagn demikian hatinya sukar untuk dimasuki bisikan syaitan.
Ada sesetengah orang menganggap majlis ilmu bukan majlis zikir. Ini kemungkinan kerana kurang arif mengenai makna zikir dan hadis-hadis yang membicarakan tentang perkara-perkara tersebut sebagaimana yang dibincangkan dalam kitab Riyadhus Salihin, Al-Azkar dan lain-lain. Mudah-mudahan mereka yang membaca blog ini dapat mencari guru yang arif untuk menghuraikan perkara ini dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Wallahu a'lam.

No comments: