BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Tuesday, May 15, 2007

Jin Muslim dan Kafir

Firman Allah dalam surah jin ayat 14, maksudnya ;
"Sesungguhnya dari kalangan kami ada orang-orang yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran..."
Firman Allah dalam surah Jin ayat 11 ;
" Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian.Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza".
Dalam kedua-dua ayat di atas Allah telah menerangkan bahawa jin ada yang berugama Islam dan tidak Islam,malahan di kalangan yang islam pun ada yang fasiq dan menganut berbagai fahaman dan mazhab. Ertinya di kalangan meeka ada ahli Sunnah dan Syiah, Muktazilah, Jabariyyah dan mengikut berbagai-bagai jenis Tariqat sufi.W.a

2 comments:

Banji said...

Assalamualaikum

Sekadar bertanya, post sebelum ni ustaz ada mention yg syaitan dan jin tu adalah makhluk yg sama, hm kalau tak salah saya, makhluk syaitan telah dilaknat Allah selama2nya dan dijanjikan neraka. Pendapat peribadi saya lah, terbukti dlm quran adanya jin muslim, jadi tentu lah jin dan syaitan bukan makhluk yang sama.

Saya tak arif sangat, tapi seingat saya iblis dan syaitan diciptakan dari api, padahal jin diciptakan dari lidah api. Wallahualam, seingat sayalah. Takde rujukan

Mohon maaf kalau tersalah tanya, just my curious mind :)

Anyway.... nice blog, kalau sudi, jenguk la ke blog saya. kita link exchange

AZHAR MOHD said...

Rujuk surah al-kahfi ayat 50.