BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Wednesday, May 9, 2007

perubatan islam

Perubatan Islam adalah merupakan suatu jenis rawatan yang bersumberkan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w dan doa-doa dari para sahabat dan para ulamak. Ia merupakan rawatan kerohanian iaitu untuk mengubati penyakit-penyakit yang bersifat spiritual dan kebanyakannya tidak dapat dirawati melalui kaedah moden. Rawatan alternatif ini tidaklah menolak rawatan moden samasekali sebagaimana tanggapan sesetengah pihak, tetapi ia merupakan satu cara perubatan yang dipilih setelah kaedah dari kepakaran rawatan moden tidak dapat mengatasinya seperti rawatan gangguan makhluk halus dari berbagai sebab dan penyakit-penyakit yang seumpamanya.

1 comment:

AZHAR MOHD said...

Dalil pengharusan merawat atau berubat menggunakan ayat al-Quran ialah firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 82 maksudnya;
"Dan kami tturunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". Imam Bukhariy meriwayatkan dari Jabir :"Kami pernah di dalam satu perjalanan singgah di sebuah desa lalu datang seorang budak hamba perempuan menyatakan penghulu kampung ini sakit dan adakah di antara kamu yang boleh menjampi".Lalu bangun seorang lelaki dan membaca al-Fatihah lalu ia pun sembuh".Setelah itu mereka menceritakan kepada Rasululullah s.a.w, lalu katanya :"dia tidak ketahui bahawa ummul kitab (al-Fatihah) adalah jampi.Terdapat banyak lagi dalil-dalil yang lain.W.A