BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Wednesday, May 16, 2007

Kaedah untuk mengelak dari terkena gangguan makhluk halus

Kita sering mendengar gangguan makhluk halus. Gangguan ini terdapat 4 jenis;
1-Sering diganggu
2-Kadang kala
3-Dikuasai oleh makhluk tersebut secara keseluruhannya
4-Ditumpangi oleh makhluk tersebut pada bahagian tertentu anggota badan.
Sebab-sebab diganggu berbagai-bagai antaranya;
1-Sebab ia diganggu oleh manusia lalu ia berdendam
2-Sebab ia suka kepada seseorang lalu ia mengganggu
3-Sebab dihantar oleh tukang sihir untuk memudharatkan orang tertentu.
Walaubagaimana pun kaedah untuk mengelaknya boleh dilakukan.Ia digalakkan bagi mereka yang terpaksa membantu perawat memegang pesakit yang dirasuk atau sebagai pendinding untuk persediaan mempertahankan diri.
Kaedahnya;
1- Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2-Tidak melakukan dosa dan Maksiat
3-Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.
4-Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5-Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6-Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu ;
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

2 comments:

sakinah said...

ustaz bleh tak saya nak tahu maksud penuh ayat ruqyah jibril nie?

'ilmunurun said...

salam ustaz, saya bru shj ingin bermula beramal dgn hizib imam nawawi..ttpi setiap kali sy baca, pasti pada mlmnya sy tak bleh nak tidur..dan pernah jga saya ditindih secara bertubi tubi..mengapa hal ini bleh terjadi?