BIOGRAFI

My photo
Lahir pada 17 May 1973 di Kuala Lumpur, pendidikan agama peringkat awal pondok moden Darul Falah Melaka pada 1985,Maahad Al-Ehya' Al- Shariff Gunung Semanggol Perak pada 1986-1989 dan 1991-1993,kemudian ke al-Azhar, Mesir pada 1993-1997.Berminat dalam bidang perubatan Islam dan berguru dengan al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din dan mendapat ijazah pada tahun 2003.Berminat merawat penyakit gangguan dan sihir serta membaca buku-buku tersebut serta mencedok pengalaman dari mereka-mereka yang berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Tuesday, May 15, 2007

Kisah asal usul Syaitan dan Jin

Syaitan dan Jin adalah sama, cuma berbeza dari sudut namanya sahaja. Syaitan berasal dari iblis dan kesemua syaitan datuknya iblis. Datuk Iblis yang paling tua ialah jin.
Iblis ertinya patuh dan taat tetapi setelah ia menderhakai Allah lalu ia mencapai martabat syaitan yang durjana. Ia berakhir menjadi makhluk yang tidak beramal malah menderhaka dan menghasut manusia. Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya ;"kecuali iblis adalah berasal dari jin lalu ia menderhaka perintah tuhannya". Ertinya Iblis berasal dari jin.
Kerja-kerja yang dilakukan Iblis ialah ;
1- Menyesatkan
2- Mengufurkan
3-Memperdaya
4-Memperhiasi kejahatan
5-Menderhaka
Tidak semua orang terlepas dari tipu daya dan hasutan Iblis melainkan sedikit sahaja.Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 62 maksudnya ;
" Nescaya aku sesatkan zuriat Adam kecuali hanya sedikit sahaja".
Terdapat 4 arah syaitan akan datang menyesatkan manusia. Di dalam surah al-A'raf ayat 47 Allah menyebut Syaitan datang dari arah depan,belakang,kanan dan kiri. Dia tidak mampu datang dari arah atas kerana Allah berada di situ dan dari bawah kerana ia tempat sujud.
Ringkasnya jin dan syaitan berasal dari api dan mereka adalah makhluk yang ghaib, sila rujuk surah al-A'raf ayat 27.

No comments: